Salam, didalam Kursus AI NotebookLM, antara tajuk yang penting ialah menjana poster infografik daripada sources yang disenaraikan. Untuk meletakkan info-info yang lebih tepat di dalam poster infografik, teknik ‘Follow-up Question’ ialah antara teknik yang penting iaitu dengan meminta huraian yang lebih lanjut kepada NotebookLM di ruangan ‘Chat’. Huraian yang akan dijana ini akan membuat huraian yang lebih spesifik dengan membuat rujukan dari kandungan sources yang telah disenaraikan di ruangan ‘Sources’ dan bukannya dari sumber baharu di luar senarai ‘Sources’. Huraian yang akan dijana ini pada mulanya akan dijana sebagai note dan kemudian akan ditukarkan daripada note kepada source.
Contoh seperti gambar di bawah, dimana saya bertanya menggunakan konsep ‘Follow-up Question’ iaitu pertanyaan ‘Senaraikan jumlah peratusan tahunan pengangguran dari tahun 2015 – 2025’. Saya bertanya kepada NotebookLM hanya selepas mendapat ‘Generated Response’ untuk pertama kali di ruangan ‘Chat’ daripada sources yang disenaraikan. Selepas membuat ‘Follow-up Question’ di ruangan ‘Chat’, klik pada tetapan ‘Save to note’ di bahagian bawah. Huraian yang telah dipilih untuk ‘Save to note’ akan terus disenaraikan di ruangan ‘Studio – Add note’ seperti gambar di sebelah kanan di bawah. Kemudian, klik pada ikon tiga titik vertical yang ada di ruangan sebelah kanan note yang disenaraikan dan pilih ‘Convert to source’. Note yang dipilih akan terus dimasukkan di dalam senarai sources di ruangan ‘Sources’. Seterusnya, kita boleh mula untuk menjana poster infografik dengan memastikan source dari ‘Save to note’ dipilih diantara senarai-senarai ‘Sources’ yang ada.

