Saya menyediakan perkhidmatan sebagai tenaga pengajar untuk Kursus Infografik dengan menggunakan PowerPoint. Di dalam kursus ini, kita akan belajar reka bentuk infografik yang professional dan advanced dengan hanya menggunakan PowerPoint.
Pelbagai bentuk shapes yang kita akan customize dengan menggunakan tools di PowerPoint contohnya penggunaan subtract dan fragment tools untuk membuat potongan dan gabungan pelbagai shapes.
Untuk kursus ini juga peserta-peserta akan ditunjukkan cara pengiraan shapes rotation dan positioning placements untuk mendapatkan sudut yang tepat bagi menghasilkan infografik yang kemas, kreatif dan professional.
Video preview Kursus Infografik dengan PowerPoint boleh dilihat melalui video dibawah: