Untuk Kursus Microsoft Excel modul array ini lebih teknikal dan memerlukan lebih masa untuk penerangan yang lebih berimpak tinggi. Oleh itu, modul ini hanya akan dimasukkan ke dalam kursus sekiranya Kursus Microsoft Excel sekurang-kurangnya 3 hari kursus. Disini saya terangkan bagaimana sistem semakan data dengan array ini berfungsi, contohnya kita ada senarai info-info staf di Sheet1 (Lihat gambar di bawah)

Di antara data-data (bukan data sebenar) yang ada didalam Sheet1 ialah Staf ID, Nama Staf, Pengalaman Kerja dan Gambar Staf. Manakala di Sheet2 pula ialah table untuk pencarian data (Lihat gambar di bawah), sistem akan membuat pencarian info staf dengan user memasukkan Nama Staf atau Staf ID di ruangan carian (cell biru). Sistem juga akan set default info iaitu jika tiada info dimasukkan di dalam ruangan carian, sistem akan memaparkan “-” di cell Staf ID, Nama Staf dan Pengalaman Kerja. Gambar default juga akan dipaparkan didalam cell Gambar.

Fungsi yang paling efisien untuk sistem ini ialah boleh membuat carian dengan menaip keyword, contohnya user ingin membuat carian staf bernama “Shahrul Nizam”, user hanya perlu taip “Shah” kemudian tekan enter dan sistem akan membuat padanan dengan nama staf yang ada perkataan “Shah” (Lihat gambar di bawah)

Sistem ini juga boleh membuat carian berdasarkan keyword nombor staf id, contohnya user ingin membuat carian staf id bernombor “A1717”, user hanya perlu taip “A17” kemudian tekan enter dan sistem akan membuat padanan dengan nombor id staf yang bernombor “A1717” (Lihat gambar di bawah).
